Friday 30 March 2012

Andainya lelaki tahu hati seorang wanita..

Andainya lelaki tahu dalam hati seorang perempuan ada naluri untuk disayangi..ada rasa untuk diberi perhatian..ada rasa untuk didengari keluh resahnya ada waktu2 minta ditemani kesedihannya..

Andainya lelaki tahu rajuk seorang perempuan minta dipujuk..marah seorang perempuan perlu didekati..sedih seorang perempuan harus didengari..gembira seorang perempuan ingin didengari..

Andainya lelaki tahu disebalik seribu satu rasa itu ada sekeping hati nan lembut..bukan untuk dimanjai..bukan jua untuk ditatang bagai minyak yang penuh..hanya perlu sedikit perhatian agar rasa kasih itu terasa wujud walau disaat jauh..

Andainya lelaki tahu hati ini akan sentiasa bertanya pada diri seorang perempuan "wujudkah cinta itu dihati lelaki??bila disaat jauh tanpa perkhabaran?"..

Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini..Cintailah seseorang itu kerana hatinya bukan paras rupa semata-mata..


..CINTA ITU INDAH JIKA SETIA..